Wednesday, September 27, 2017

Syurga diwajahmu..

Syurga diwajahmu..
Assalamualaikum..sementara abg Rayyan tido lepas makan ubat..sempat mama coretkan disini seketika..sejak adek pergi ke taman syurga..mama langsung tak pernah bermimpi sedikitpun kelibat adek, tidur2 mama kosong...sehingga hari ini, mlm ke 9 adek lena di syurga..mama mimpikan wajah adek yg ini..diatas katil icu di IJN..namun digambar ini saat adek masih dipangkuan mama menunggu saat dibius yg 'menidurkan' adek hingga kini..
Mimpi semalam adek masih berselirat wayar dgn dada yg masih terbuka tak dijahit menampakkan jantung kecil adek..dengan rambut cendawan yg comel belum dibotakkan nurse..wajah adek tenang tapi langsung tak tersenyum..adek peluk mama semahunya dan begitulah dengan mama bergilir2 dgn papa...mama cium rambut dan pipi comel adek puas2..sungguh tak mahu lepaskan adek walaupun doktor yg berdiri dihujung katil melarang berkali2..tiada siapa yg dapat pisahkan kita lagi waktu itu syg..tapi sayang sekadar mimpi..mimpi yang kalau boleh mama harapkan tak ingin tersedar dari tidur..biar sampai bila2..tapi tangisan abg rayyan yg sdg demam mengejutkan mama dari mimpi terindah itu..jiwa mama lemah setiap kali sedar dari tidur..sbb kehilangan satu rutin harian mama untuk adek..bancuh susu adek setiap pagi..mama masih belum mampu kembali ke rumah kita, ke katil kita tidur berdua, ke 'syurga' yg mama cipta untuk membesarkan dan mengasuh adek dan abang rayyan satu ketika dulu..setiap apa yg ada dirumah itu, sentiasa ada 2..satu utk abang, satu utk adek..tak pernah ada yg 1..siksanya mama adalah di 'syurga' ciptaan mama tu..
Bertalu2 komen memuji mama yg kuat dan tabah...tapi sebenarnya mama belum kuat seperti yang disangka... mama hanyalah seorang ibu yg diuji yg sentiasa mencuba untuk menguatkan diri... krn mama yakin pada janji Allah.. saat melepaskan dgn redha pemergian adek.. mama sujud pada Allah, andai Allah 'ambil' adek dari pelukan mama..mohon gantikan dengan kekuatan, kesabaran dan redha hati.. mungkin itu shj doa mama yg Allah makbulkan.. doa seorang ibu yg tiada 'hijab' disisi Allah..walau tahu kini adek bahagia bermain di taman syurga..rindu dan sayang itu tak pernah reda..krn airmata itu rahmat yg Allah letakkan dlm hati setiap manusia yg mengalir kerana kasih sayangnya..silakan menangis membaca posting ini, krn kali ini mama pun menangis mengarangnya.. Maha Suci Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
...Oleh kerana itu Allah menimpakan kesedihan..demi kesedihan kepada kalian..agar kalian tidak bersedih hati terhadap sesuatu yang luput daripada kalian.. (Ali-'Imran:153)